Didaktik 16

Comments: Comments Off
Published on: 15/05/2010

14 Mei 2010

Assalamualaikum w.r.t.

Didoakan kalian, kawan-kawan dan sahabat andai berada dalam keadaan sihat walafiat disamping keluarga tercinta. Yelah, kesihatan tu lebih utama daripada yang lain-lain. Bila dah tak sihat kang, semua benda tak boleh nak buat.

Mata dah mengantuk, tapi aku cuba gagahkan diri juga sementara menantikan kehadiran Subuh. Solat wajib 2 rakaat, yang payah orang nak buat. Termasuk diri aku sendiri. Bukan main liat nak bangun Solat Subuh. Selalunya terlepas. Banyaknya dosa aku pada Tuhan. Tiang agama pon aku blum mampu nak dirikan, inikan pula nak bicara soal negara.

Hari ini emosi aku agak sikit terganggu. Sikit pon tak berapa nak sikitlah. Tapi memberi kesan juga kepada diri aku dan sekeliling. Apa taknya, hari ini gaya aku bercakap lebih kepada macam memaksa. Lebih kepada nak beri kesedaran kepada mereka. Yelah, dengan mood yang kecewa, apa yang aku sampaikan jadik tak best. Cuma aku mengharapkan agar mesej yang nak aku sampaikan tadi meninggalkan kesan kepada mereka yang hadir.

Kesan baiknya akan berlaku perubahan yang drastik dalam kumpulan. Kesan buruknya, jika mereka tak boleh terima apa yang aku sampaikan, mungkin ramai yang tak menyukai kenyataan yang dikeluarkan. Kemungkinan minggu depan mereka tak dtg lagi . Itu risikonya.

Kenapa aku kecewa? Urm, panjang sangat ceritanya. Tapi apa yang aku lihat, masih tak muhasabah diri. Masih tidak lagi mengenal potensi yang ada dalam diri. Masih lagi tak berubah sikap. Masih lagi tak beri komitmen. Tak tunjukkan kesungguhan untuk membina kejayaan di masa hadapan.

Seawal jam 7.30 malam aku dah ingatkan agar setiap mereka dtg awal kerana mulai malam ini aku akan mulakan acara seawal jam 9.00 malam. Untuk mendisiplinkan mereka. Tentu mereka tak suka di arah. Tapi bukan tujuan aku untuk mengarah. Aku bukan bos. Aku bukan tokey. Aku cuma insan biasa yang ingin berjaya seperti mereka yang telah berjaya.

Untuk berjaya semudah ABC cuma. A, Attitude. B Believe dan C Commitment. Itulah tipsnya. Selagi sikap tak berubah, jangan bicara soal kejayaan. Bukan aku tak ingatkan, bukan aku tak berpesan. Sudah banyak kali aku ingatkan. Sampai bila kita nak dipaksa baru nak ikut? Sedangkan kita tahu yang diri kita ni memang tak suke dipaksa.

Tak mengapalah, sekurang-kurangnya aku dapat pengajaran. Sayu hati aku hari ini mengenangkan mereka yang aku ingin bantu. Sampai menitis air mata dibuatnya. Aku jadi buntu seketika. Dengan cara bagaimana lagi untuk aku membantu mereka semua? Puas aku hulurkan tangan tapi tak bersambut. Yang dah bersambut sekadar menyambut. Tak menarik langsung tangan aku. Urm.

Aku doakan agar aku dapat teruskan perjuangan. Tabah menghadapi cubaan dan dugaan. Mudah-mudahan diberkati Tuhan.

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016