Didaktik 15

Comments: Comments Off
Published on: 14/05/2010

13 Mei 2010

Alhamdulillah, hari ini hari Khamis, aku lambat pergi ke Saltmine. Badan terlalu letih. Penat sangat. Hati aku betul-betul puas semalam dapat membantu kawan-kawan.

Serba sedikit tumpuan kerja hakiki aku tak tentu arah buat masa ni. Masih mencari lagi jalan penyelesaian untuk memudahkan perjalanan kerja hakiki. Insya Allah, aku tak perlu berhenti kerja walaupun pendapatan plan B lebih daripada pendapatan hakiki. Niat aku nak bantu bos aku. Selama ini orang hanya menyalahkan sahaja. Orang taktau bagaimana kita bekerja. Takpelah, yang penting niat kita ikhlas. Tujuan dan matlamat kita betul. Toksah nak pening-pening kepala nak mencari salah orang lain, sedangkan salah sendiri entah macamana. Muhasabah diri, itulah yang selalu bos ingatkan aku.

Aku terbaca pesanan bos aku sebelum bertugas di luar kawasan seminggu dua ini. Tapi yang menarik di perkara 5. Jangan tumpu bisnes ajek! Peh, sebijik kene kat aku. Aku hanya mampu menjawap di dalam hati, Insya Allah bos, nak buat dua kerja dengan satu matlamat ni bukannye mudah. Mungkin yang pertama akan kurang, dan mungkin yang kedua pulak akan kurang. Insya Allah bos, saya akan cuba buat yang termampu.

Bukan mudah nak dapat bos yang memahami sebegini. Jika dilihat disekeliling aku, kebanyakkannye semua meluahkan rasa hati marah dengan bos, marah ngan kawan sepejabat. Macam-macam hal lagi. Pernah tak dieorg terfikir, bos takkan marah jika kita tak buat salah dan betul-betul memahami apa yang bos kita mahukan. Kita tak cuba nak menyelami hati budi bos kita, kita dah berlagak nak jadik bos. Semuanya kita betul. Itu yang dah tak betul tu. Dan dengan sebab itu juga ada timbul perasaan tidak puashati dalam diri. Tetapi takmau nak sedar diri.

Oklah, asyik citer pasal bos plak. Alhamdulillah, hari ini aku dapat membantu adik aku Siti dan kawan aku Along. Masing-masing dah semangat dah menurun dalam perniagaan ini. Bukan mereka tak berusaha, tetapi mereka kurang usaha. Aku harap apa yang aku lakukan ini dapat menaikkan semangat mereka berdua. Aku juga berharap agar mereka dapat mencontohi apa yang aku lakukan. Bisnes ini terlalu mudah, cuma duplikasi sahaja apa yang orang terdahulu lakukan. Jika dapat melakukan lebih baik lagi bagus!

Petang ni aku nak ke Johor Bahru bersama Shah dan Wan Snake. Shah dah ajak beberapa orang rakan dan kakak saudarannya di Johor Bahru. Wan Snake ada bawa 2 orang rakannya di Segamat dan seorang menanti dijemput di Johor Bahru.

Dalam ramai-ramai yang Shah jemput hanya Kak Long sahaja yg dapat datang. Seorang kawan dia yang bernama Ijat pon dapat datang. Tapi sayang. Dalam kepada sudah ada itu batu blok. Dah sampai, tapi taknak naik. Dia tanya nak wat ape naik? Lar, wat ape lagi, dengar lah! Penerangan secara percuma tu.

Berkeras si Izat aku lihat dari jauh takmo naik. Aku diamkan ajek. Kemudian aku terus naik. Aku tengok jam dah hampir 9.30 malam. Shah tak naik-naik. Aku sms Shah, Naik! Dah lewat ni. Tak lama lepas tu dia pon naik. Baru aku bertanyakan mana kawannya si Izat tu. Dah balik. Aku cuma tersenyum lalu berkata, “Shah, ini dugaan dan cabaran pertama buat kau, Sabar!”

Tapi aku lihat Shah ni cepat meniru apa yang aku lakukan. Dia ni betul-betul komited dan cepat faham apa yang aku sampaikan. Dan apa yang dia lakukan sama dengan apa yang aku lakukan sebelum ini.

Alhamdulillah, setelah hampir 4 bulan aku menjalankan perniagaan ini, akhirnya aku dah jumpa seorang lagi yang boleh mampu lakukan sebagaimana aku lakukan. Insya Allah. Semakin hampir dengan puncak kejayaan! Jumpa lagi.

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Friday, 09/12/2016