Didaktik 14

Comments: Comments Off
Published on: 13/05/2010

Pagi-pagi ke pejabat dah memikirkan untuk perancangan waktu petang ini. Bukan tak fikirkan soal kerja hakiki langsung. Sebab kerja hakiki dah ada depan mata apa yang perlu dibuat. Yang plan B ni kene rancang dengan teliti. Hari ini banyak bos tinggalkan tugasan untuk aku sementara dia tiada. Akhir kata dalam nota bos aku pendek ajek. “Jangan asyik tumpu kat bisnes ajek!”

Alhamdulillah, bos aku tahu apa yang aku lakukan. Sejak dua menjak ni dia melihatkan aku macam tak tentu arah nak menguruskan hal kerja dan perniagaan yang aku baru nak bina. Tengok gaya dia terpaksa dalam rela. Tapi tak mengapa, langkah pertama ini memang memerlukan pengorbanan yang amat besar.

Selepas solat aku sempat bertemu dengan kawan Siti (Adik) yang bernama Ecah. Beliau dan rakannya berminat untuk turut serta bersama kami. Sebelum ini dia mengatakan macamana orang lain selalu bagi alasan, tiada duit. Tapi tu lah, kebiasaannya orang yang dalam kesempitan yang memikirkan untuk demi masa depan pasti akan merebut peluang yang diberikan.

Aku cuma bertanya ringkas. Betul nak buat bisnes ni? Dia angguk, Serious ke? Aku tanya lagi. Dia jawap Yup! Ok, disebabkan dia dah mendaftar. Aku bagi beberapa tips permulaan untuk dia mulakan. Ayat yang sering aku ulang adalah 'Jangan Putus Asa', aku akan bantu sekurang-kurangnya dia dapat semula duit yang dikeluarkan.

Balik ke pejabat, ramai pulak tetamu. Bila ramai yang datang kompem aku tak boleh nak buat kerja. Melayan karenah tetamu ni kene diberi perhatian. Kang sambil dia ngadu, kita buat kerja lain, kan tak manis namanya tu.

Selesai bekerja, aku balik ke rumah orang tua aku untuk bersiap ke Parit Raja, Batu Pahat. Sebelum bergerak aku telefon Kak Tinah, antara pemimpin yang hebat di Batu Pahat. Aku cuma nak tau malam ini siapa yang bagi 'talk'? Dia terus cakap, kalo orang 'Segamat' nak bagi pon boleh. Terus aku men'offer'kan diri aku untuk bagi talk tentang 'Marketing Plan'

Setelah bersiap aku gi jemput rakan niaga aku, Shah dan Wan Snake. Sekali dia ajak kawan-kawan dia ada dua orang. Penuh terus myvi aku, dah takleh nak memecut laju. Sampai di Prt Raja rakan niaga aku dari Kluang (Haji Rahman) dah telefon. Dia ingat dia paling awal. Rupanya aku dah sampai dahulu sebelum dia sampai. Aku tabik spring pada Haji Rahman dan Shah ni. Walaupun baru nak mulakan perniagaan ini. Beliau sungguh bersemangat sekali.

Shah datang bawa dua orang kawan yang juga ingin mencari peluang. Haji Rahman pon bawa 2 orang kawan untuk sama-sama merebut peluang. Alhamdulillah, kesemuanya malam tadi sain borang untuk turut serta bersama kami. Komitmen yang ditunjukkan oleh mereka ini telah membangkitkan kembali semangat gunung berapi yg ada dalam diri aku.

Sedar tak sedar dah lewat pagi sambil minum kopi setelah habis BOOM Score A tu. Nampak gayanya malam ini balik lewat lagi. Kompem badan letih. Tapi tak mengapa, bak kata orang-orang terdahulu, berakit ke hulu, berenang ke tepian, bersusah dahulu bersenang-senang kemudian. Sekian!

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016