Didaktik 13

Comments: Comments Off
Published on: 12/05/2010

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaanya rezeki diberi peluang untuk bernafas lagi. Fuh, aku rasa hari ini terlalu baik daripada semalam. Hari ini walapun ada program meraikan guru-guru dan sekolah yang cemerlang dalam peperiksaan tahun lepas, aku masih rasa ada ruang kosong yang boleh diisi lagi.

Semenjak ikut perniagaan Network Marketing terlalu banyak kebaikan yang aku dapat. Aku cenderung untuk belajar membahagikan masa secukupnya. Apa taknya, siang kerja, lepas kerja hakiki kerja plan B pula. Jika duduk goyang kaki mana boleh dapat apa-apa. Nih pon orang selalu terpedaya dengan tawaran-tawaran yang banyak diluar sana. Modal kecil, ko tak payah cari orang. Dok goyang kaki, duit masuk. Peh! Memang aku tak percaya tawaran sebegitu. Tetapi orang kita kebanyakannya suka macam tu. Nak senang tapi nak duduk senang-senang.

Sesunguhnya demi masa, manusia itu dalam kerugian. Setiap masa aku ingat ayat tu. Dulu ingat, tapi tak laksanakan. Sekarang bila dah buat Network Marketing ni barulah aku dapat praktikkan. Bukannye mudah untuk kita membahagikan masa-masa yang ada. Sebab tu antara alasan mereka yang taknak turut serta buat Network Marketing . Katanya takde masa. Macam alasan aku masa dulu-dulu. Asyik ajek takde masa. Buat hal ada lak masanya. Duduk ngeteh lama-lama ada pulak masanya. Waktu tidur yang panjang ada plak masanya. Urm. Takpelah, itu cuma alasan mereka.

Aku ada terdengar tazkirah seorang ustaz di IKIM FM. Allah ada berfirman maksudnya lebih kurang begini. Ada dua ujian yang manusia pasti gagal sepanjang kehidupan. Yang pertama kesihatan dan yang kedua masa. Aku renungkan kembali zaman silam aku. 10 tahun aku buang masa begitu sahaja. Bukan tiada perkara yang berfaedah, tapi lebih banyak yang tak berfaedah.

Hari tertunai hasrat aku untuk menyumbang Portal Score A Programme untuk 10 orang pelajar UPSR di salah sebuah kampung pedalaman di sini. Alhamdulillah. Ada lagi satu sekolah sahaja yang belum terlaksana. Walapun sumbangan ini tak seberapa, tapi apa yang aku mahu adalah kejayaan pelajar tersebut. Untuk dijadikan sebagai testimoni aku sendiri. Bukannye produk ini takde testimoni. Terlalu banyak testimoni. Tapi aku masih belum merasa puas jika tak dapat menghasilkan testimoni tersendiri.

Selesai sahaja program, aku jemput orang rumah untuk buat pemeriksaan bagi mengesahkan kandungan. Alhamdulillah, baru sahaja 5 minggu. Memang rezeki anak aku lah ni. Termakbul juga doa Za'im dan Zarith, hari-hari cakap dalam perut mama ada baby.

Petangnya aku balik berehat di rumah mak aku di Kampung Paya Dalam. Malamnya aku berjumpa dengan Shah yang membawa empat orang prospek yang ingin mengetahui kelebihan Score A Programme ini. Komited sungguh shah ni. Sedangkan beliau belum daftar lagi. Tapi awal-awal beliau dah tunjukkan kesungguhan. Dah beberapa minggu dia datang BOOM. Walaupun duit takde lagi, aku ada berpesan dengan Shah. Jika betul-betul kita mahukan perubahan, InsyaAllah, Tuhan akan tunjukkan jalan. Yang penting ko teruskan. Buat ajek.

Alhamdulillah, malam ni ringan jek rasa tanggungan aku. Yelah, dapat juga lepaskan tanggungjawap aku untuk membantu mereka yang ingin dibantu. Yang penting tunjukkan komitmen dahulu. Insya Allah, Tuhan itu maha adil. Oklah kawan-kawan, aku nak keluar sekejap, nak jumpa seorang lagi rakan niaga untuk dibantu.

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016