Didaktik 11

Comments: 1 Comment
Published on: 10/05/2010

8 Mei 2010

Tett~ Aduh, rasa macam baru nak lelapkan mata. Telefon dah berbunyi pagi-pagi, aku tgok skrin. Erk, aku terlupa nak telefon SAJ, ada orang buat aduan bekalan air terputus malam tadi. Aku boleh terlupa nak sampaikan kat orang SAJ. Aku tak angkat. Dalam masa yang sama, aku sampaikan pesanan tersebut kepada orang yang bertanggungjawap. Aku tak bagi kepada seorang, tetapi lebih kepada 3 orang yang bertugas di SAJ aku sampaikan. Entahlah, dah menjadi satu kebiasaan aku mesti forwardkan sekurang-kurangnya kepada 2-3 orang.

Dalam masa yang sama ada sms masuk daripada akula, kami dok berbincang untuk mencari masa yg sesuai utk ngeteh bersama. Bila orang nak jumpa ni, kita kene hargai. Sekurang-kurangnya tak membebankan pihak yg ingin jumpa kita. Itulah yang biasa diajar oleh Ibu/Bapa aku. Senangkata, biar kita susah, jangan menyusahkan orang.

Sebelum ke Johor Bahru, teringat kan langit yang minggu lepas beria nak belanja aku makan. Tapi aku pula yang tak berkesempatan untuk ke Pasir Gudang. Aku terus sms, tanya ada mana. Tak lama selepas itu dia membalas mengatakan beliau berada di salah sebuah pasaraya di Tebrau. Oklah tu, ada masa leh jumpa sekali.

Dalam perjalan teringatkan aduan bekalan air terputus tadi tu. Aku telepon pengadu, tanya macamana? Alhamdulillah, tindakan telah diambil. Maklumlah, dalam masa yang sama beliau sedang mengadakan Majlis Perkahwinan adik beliau. Tu yang kene pastikan agar majlis tersebut tidak terjejas. Lega rasa hati.

Sampai di JB terus menuju ke tempat yang dijanjikan. Dapatlah dok bersembang sekejap dengan akula, tapi tak lama lah, memandangkan beliau dapat panggilan rindu daripada isteri tersayang. Aku meneruskan perbualan bersama langit dan kawannya.

Tak lama selepas itu, kami pon membawa diri untuk menuju ke destinasi masing-masing. Aku terus ke Tampoi Indah untuk bertemu dengan orang yang bertanggungjawap memperkenalkan Score A Programme kepada aku. Aku memang wajib bertemu beliau, memandangkan pertemuan pada Jumaat malam aritu terbatas waktu. Tak sempat nak membincangkan perkara yang dah berlaku. Sebagai leader, dia bertanggungjawap menegur kesilapan yang telah aku lakukan. Dan aku selaku pengikut, seharusnya menerima sebarang kritikan daripada dia mahupun orang disekeliling untuk mengetahui kelemahan diri aku. Alhamdulillah, dengan apa yang beliau lakukan sebelum ini dengan cepat aku dapat duplikasi.

Apa yang beliau sampaikan memang dah bermain di luar kotak fikiran aku. Cuma aku tak dapat mengenal pasti bagaimana cara untuk mengatasi. Apabila dah jumpa beliau, Alhamdulillah dengan jelas aku dah boleh bayangkan apa yang akan berlaku selepas ini.

Selepas maghrib aku terus bergerak pulang dan terus hantar sms kepada rangkaian aku. Alhamdulillah, ada respon dan dalam perjalanan pulang aku sempat singgah di Felda Maokil untuk bertemu dengan Redzuan, seorang anak muda yang baru sahaja berumur 25 tahun tetapi sudah pandai mencari rezeki dengan hasil titik peluh sendiri dengan berkebun. Aku berbangga ada juga anak muda yang tak mahu makan gaji rupanya.

Beliau memperkenalkan kepada aku beberapa orang rakan yang berminat untuk bersama kami. Alhamdulillah, daripada dua orang katanya yang ingin berjumpa, sampai jek aku di sana lebih 5 orang yang aku dapat berkongsi apa yang kami lakukan. Tapi tulah orang kata, pendidikan merupakan satu keperluan. Setiap kali berjumpa dengan orang tak kira latar belakang, pasti tiada penolakan dan permintaan tinggi. Itulah dia potensi perniagaan yang kami lakukan.

Setiap peluang perniagaan yang kita mahu ceburi itu, kita kene pastikan apakah potensi perniagaan. Modal kecil dan berapa lama masa perlu kita ambil untuk dapat titik pusingan modal itu. Berapa banyak saingannya, bermusim atau tidak, ada kesan tak apabila berlaku kegawatan ekonomi dan banyak lagi perkara yang kita perlu fikirkan.Selesai berkongsi peluang dengan mereka aku lihat reaksi masing-masing memang positif. Dua orang daripada mereka terus sain borang malam itu juga. Dan ayat yang seringkali aku dengar, “Kenapa tak bgtau awal-awal?? Kenapalah taim ada duit tak ckp, taim takde duit ni baru korang nk bagitau.”

Beb, Kalo lu tengah ada duit.. tak tersepit, lu takkan amik tahu langsung peluang yg dtg! Itu normal.

Kan Hamka pernah berkata, “Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba……. datang tidak menentu masa…… Datang disaat kita kesempitan atau kesusahan. Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan Seribu Alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!”

Dan sebab itu aku cuma bgtau secara ringkas umumnya. Sesiapa yang ingin tahu baru aku akan ceritakan bagaimana jalan kerjanya. Dan aku lebih suka mencari mereka yang sedang lapar berbanding mereka yang kekenyangan. Sebab, orang lapar ni bila disorongkan makanan, memang kompem dia nak makan. Dia akan ikhtiar untuk dapat makan. Tak kiralah macamana sekalipun jalan kerjanya.

Itulah yang dikatakan oleh Hamka. Peluang yang besar datang bila kita kesempitan. Dalam kesusahan ajek mesti ada peluang datang. Bila peluang datang jek kita sempit. Tapi, janganlah kita biarkan macam tu sahaja. Kita nilai dahulu. Bila kita dah nilai barulah boleh buat keputusan untuk rebut atau tidak. Rebut maksudnya beria-ia untuk dapatkan peluang itu. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Bagaimana nak berjaya dengan peluang yang ada.

Hamka kata lagi, jangan jadikan seribu alasan. Tapi bagi aku, satu alasan jek dah memadai untuk aku tidak berkongsi peluang dengan mereka. Taklah sia-sia untuk kita berkongsi dengan orang yang memang tak mahu peluang.

9 Mei 2010

Dah hampir 12.35 pagi. Lewat dah ni. Sepatutnya sebelum jam 12 malam aku perlu pulang, memandangkan hari ini pagi-pagi aku perlu ke Kuala Lumpur.

Dalam perjalanan, bos sms aku bertanyakan profailnya dah siap blum. Alamak! bila bos mintak? Pastu aku terus bertanya bos nak guna bila, terus dia membalas ringkas. Esok. Peh, kene singgah opis lah nampak gayanya malam ni. Jam berapa lah aku dapat balik rumah. Aku perlu siapkan kerja hakiki! Alhamdulillah, aku berjaya siapkan sebelum jam 3 pagi ditemani kawan-kawan yang kebetulan sedang minum di hadapan pejabat aku dan bos aku pon ada sekali teman. Hehehe..

Jam dah menunjukkan pukul 9.30 pagi. Kata nak gi KL, tapi tak gerak-gerak lagi. Saja aku lambat-lambatkan, bukan ada nak kejar apa pun. Cuma ada janji dengan beberapa orang kawan. Ada juga sms kepada 5 hingga 6 orang kawan, ajak jumpa. Yang dah confirm lama nak jumpa hari tak jadi. Pagi-pagi lagi dia dah sms. Takpelah, takde jodoh nak bertemu tu.

Dalam perjalanan hujan lebat. Aku, Siti (adik), Khalid (abang) & Ira (anak saudara) berhenti rehat sekejap di R&R Seremban. Tiada tanda-tanda hujan mahu berhenti. Aku perlu teruskan perjalanan ini. Jika tidak nanti lewat pulang.

Sampai jek di Low Yat, terus mencari barang-barang yang dipesan oleh pembeli. Dalam masa yang sama masih lagi sms dengan kawan-kawan yang berkelapangan boleh jumpa. Alhamdulillah, dalam ramai-ramai tu dapat jumpa dengan Faizurah. Kawan lama kenal masa chatting juga. Lama betul tak jumpa beliau.

Daripada dia menolak taknak ambil tahu tentang Score A Programme ni, aku tetap memujuk mahu bercerita dengannya. Yalah, dia memang pernah dipelawa untuk mengikuti Score A Programme, tetapi dia tidak tahu apa itu Score A Programme. Sebagaimana yang aku pernah cerita sebelum ini, kebanyakan orang tahu Score A, tp tak tau apa kebaikan yang ada dalam program tersebut.

Aku minta masa dia dalam 15 minit aje untuk dia lihat, dengar dan nilai sendiri peluang yang aku sajikan. Alhamdulillah, makin lama responnya makin positif. Sememangnya aku tau, dia ni memang taknak ikut buat Score A Programme. Tapi aku tetap nak bagitau juga. Alhamdulillah, daripada segi produknya memang dia akui hebat! Tetapi alasannya tetap sama macam orang lain. Malas lah nak jumpa-jumpa orang ni. Hehe.. Takpelah, memang aku dah tau jawapannya.

Sebelum pulang aku ada terima sms daripada rakan niaga di Segamat, ajak jumpa malam ni. Waktu dah nak maghrib kt Sri Petaling. Aku balas semula. Boleh, jumpa di Segamat jam 10.30pm. Terus aku bergerak pulang ke Segamat dan cuma sempat singgah di R&R Seremban untuk melangsaikan hutang-hutang.

Selepas hantar Siti, Khalid & Ira. Aku terus berjumpa dengan rakan niaga lagi sorang, Shah. Seorang lagi anak muda yang dah berapa tahun berdikari sendiri. Membuka perniagaan sendiri. Alhamdulillah, niat aku untuk membantu mereka yang sedang nak naik dalam bidang perniagaan masing-masing. Namun modal tak berapa nak ada. So, untuk mencari modal. Aku galakkan buat apa yang kami buat. Gunalah duit yg dpt nanti utk buat modal. Daripada dok pinjam dengan bank, yang interestnya agak tinggi. Jika dikira-kira semula. Bayar lebih dari harga asal. Terlalu tinggi. Aku dah serik!!

Sebab itu aku dah berjanji mulai saat ini, aku takkan buat pinjaman apa-apa lagi. Bukan aku pinjam apa pun. Beli kereta Myvi ni lah. Dah hampir 3 tahun aku bayar, rupanya bayar bunga ajek. Belum bayar pinjamannya lagi. Huh! Aku akan berusaha untuk langsaikan semua hutang-hutang tersebut.

Seronok dapat jumpa Shah. Perasaan ingin tahu beliau membuatkan aku rasa teruja untuk berkongsi pengalaman dengan beliau. Dari mata kasar aku lihat Shah merupakan orang yang boleh beri komitmen yang tinggi. Datang pon daripada kalangan keluarga yang sederhana. Ibu dan ayahnya menjual pisang goreng setiap petang di persimpangan Taman Pelangi. Urm. Takmolah aku cerita lebih. Sedih nanti.

Walaubagaimanapun, aku nak orang semua tahu aku lakukan semua ini bukan semata-mata mengejar kemewahan. Tapi yang sebenarnya aku nak orang di sekeliling aku dapat merasai apa yang aku dapat. Di keliling kita siapa yang banyak duit? Siapa pula yang cukup-cukup makan? Bangsa apa? Fikir-fikirkanlah. Kenapa kebanyakan mereka yang meminta-minta ini orang Melayu? Kenapa ya? Nanti aku bagi jawapannya.



1 Comment - Leave a comment
  1. sudah satu jam cari info seperti ini, akhirnya ketemu juga. Ditunggu artikel2 selanjutnya nih… kapan ada update lagi? Ada info harga logam mulia hari ini gak?

Leave a Reply


Welcome , today is Saturday, 03/12/2016