Didaktik 10

Comments: No Comments
Published on: 08/05/2010

7 Mei 2010

Hari ini bangun pagi seperti biasa dikejutkan oleh sang Isteri, kadang-kadang kesian tengok orang rumah. Beria-ia dia kejut. Kita sang Suami ni dok lelap mata. Bukan tak sedar, saja malas nak bangun. Aduhlah, entah bila nak rajin tak tau ler. Tapi ituler realiti kehidupan aku. Jika orang umah tak kejutkan, memang tak sedar.

Apa taknya, hari-hari balik lewat kol 1-2 pagi. Balik rumah bukannya terus tido. Lepas basuh muka, ngadap laptop lagi. Tak puas-puas mengadap laptop 24 jam. Kerja.. kerja.. kerja..

Hari ini, uncle sebelah rumah aku tu (Cina) nak tumpang pergi ke bandar nak gi bank katanya bayar duit kereta. Rupa-rupanya dia tinggal seorang kat umah. Antie pegi jb katanya tolong jaga cucu. Seronok juga sembang dengan uncle ni, sebab dia jenis peramah. Kalo dilayan memang takde noktah.

“Dulu ahh, saya punya pa aahh.. boleh jaga anak sampai 11 olang woaahh..sikalang ahh, saya nak jaga 3 olang anak pon pening kepala woaah..” kata Uncle tu.

Aku faham maksud yang nak disampaikan Uncle tu. Sebenarnya apa yang Uncle tu cakap pernah bermain di fikiran aku sebelum ini. Lebih-lebih lagi jika terdengar masa ustaz-ustaz yang sampaikan ceramah pasal keibubapaan ni. Sorang emak/ayah mampu menjaga 11 orang anak, tapi belum tentu 11 orang anak itu mampu menjaga ibu/ayahnya.

Iya, aku akui. Toksah cakap keluarga orang lain ler. Keluarga sendiri jek dah cukup untuk dijadikan iktibar. Masing-masing nak hulur kat mak ayah sorang RM50 sebulan pun payah. Bukan sebab apa, sebab masing-masing punya pendapatan pun tak cukup nak menyara diri sendiri. Kadang-kadang bukan tak cukup, tapi nak lepaskan tanggungjawap kat keluarga sendiri baru boleh bantu mak ayah. Sendiri pon tak lepas, camne nak bantu? hehe

Selepas hantar Uncle tu, aku terus ke Bukit Siput untuk melihat tempat program petang ini. Yelah, kene ambil berat juga kerja hakiki. Nak kene pastikan persiapan program petang ini berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Cuma sebelum mula program tadi ada sedikit hujan renyai-renyai. Namun kehadiran masyarakat setempat agak luar biasa walaupun pada hari bekerja. Urm, Alhamdulillah, ada perubahan.

Dalam masa yang sama tgh sebok-sebok buat kerja tadi, orang rumah dok sms. B, Im ngan Sofea bakal dapat adik. Aku senyum sendirian. Yelah, sejak dua menjak ni, Za’im dan Zarith asyik dok sebut-sebut aje. Pa, dalam perut mama ada baby. Dah banyak kali anak-anak aku ni cakap camtu. Macam nak adik sangat. Alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi.

Sebelum itu, kelmarin orang umah aku ada bertanya, jika dia mengandung lagi tak per ke? Takkan aku nak cakap tak boleh? Itu rezeki. Mana boleh tolak rezeki Tuhan nak bagi. Memang sebelum ini aku ada berpesan, kalau boleh nak jarakkan sikit zarith dan adiknya nanti. Tunggulah bila zarith dah sekolah sok baru boleh.Tapi kan, kita hanya mampu merancang. Allah juga yang tentu kan. Kena terima qada’ dan qadar.

Cerita pasal qada’ & qadar ni kan, aku ingat nak berkongsi sikit. Tapi tulah, badan dah letih pulak. Lainkali lah ya, jika ingat aku akan cerita di siri-siri yang akan datang. Bye!



No Comments - Leave a comment

Leave a Reply


Welcome , today is Friday, 09/12/2016