Didaktik 1

Comments: Comments Off
Published on: 23/04/2010

Hari ini 23 April 2010 jam 11.45am baru aku berkesempatan untuk menjenguk blog ini. Manalah tau, selalunya kita cakap tak serupa bikin. Kata nak menulis, tapi semangat tu datang sehari dua jek. Lepas tu dah terlupa.

Alhamdulillah, hari ini aku diberi sekali lagi kesempatan untuk berkongsi serba sedikit cerita semalam.

Yalah, semalam 'birthday boy', perasan 'boy' lak tu. Tak pernah aku bergaya sedemikian rupa. Din, pelayan warung yang biasa aku sarapan pon pandai dah menegur aku. “Amboi kau cik, kan men handsome?”. Aku senyum jek, lalu Kak Lela yang bekerja satu opis (lain department) mencelah, “Hari Jadi acik arini..”. Maksud dieorang handsome tu bukannye aku yang handsome. Tapi cara pemakaian aku ajek yang dressing lain macam, saja nak tengok persepsi kawan-kawan.

Dari pagi sampai ke malam tadi tak cukup tangan nak membalas sms daripada kenalan, kawan-kawan yang mengucapkan selamat hari lahir pada aku. Yang sms lain, yang telefon lain, yang kt facebook lain. Tapi itulah dia kawan-kawan yang menghargai hadirnya seorang kawan. Terima kasih banyak2.

Petangnya selesai waktu bekerja aku bergerak ke Johor Bahru untuk sambung tugasan kije 'Part Time'. Jika diikutkan hati semalam aku nak sambut hari lahir dengan keluarga aku. Tapi takpelah, ape salahnya korbankan waktu sedikit untuk bekalan di masa akan datang. Farid, rakan niaga aku awal2 dah sms. “Malam ni jangan lupa janji temu kita ya di Edata Network?”. Serba salah pon ada, ajak rakan2 niaga di sini temankan ke Johor Bahru, masing-masing tidak berkesempatan untuk turut sama. Takpelah, pandulah perlahan-lahan berseorangan ditemani dengan lagu-lagu yang berkumandang di IKIM FM.

Seperti biasa, hari Khamis malam Jumaat ni memang agak lewat sikit mulanya program. Selesai jek program aku ingat nak balik awal, Farid minta tunggu sekejap sementara dia selesaikan tugas dia. Dan seperti biasa selesai jek semua tu kami ni dengan pemimpin-pemimpin yg ada pergi ngeteh kat Restoran ZZ. Makanan Sup dia sedap-sedap belaka.

Ops, terlupa satu perkara. Setelah sampai di Setia Tropika tu aku dok bersembang dengan beberapa rakan niaga yang lain. Ada sorang brader tu dtg dia tanye baca metro tak hari ni? Masing2 geleng kepala. Lalu dia ambil keratan akhbar metro minta kami baca. Bagus utk orang-orang kita renungkan kembali. Kenapa kita bersama-sama menjalankan perniagaan ini. Jika korang nak baca korang cari artikel Minda : Sindrom Segan Nak Kaya.

Bacalah dan fikirkan kembali kenapa aku beria-ia mempelawa, keluarga aku, saudara mara aku, kawan-kawan aku walau dimana jua mereka berada. Seperti biasa yang aku selalu katakan. Aku hanya bagi jalan, jika korang nak teruskan ke, nak masuk kiri ke nak ke kanan ke atau nak ke belakang ke itu hak masing-masing. Tak pernah ada paksaan. Cuma yang aku kesalkan kebanyakan orang kita ini cepat melatah dan cepat menghukum atau dalam ertikata lain membuat kesimpulan tanpa usul periksa satu persatu.

Oklah, sambung cerita nak gi ngeteh tadi kebetulan kereta rakan niaga aku, Hazira, seorang surirumah yang berasal dari Sabah kini menetap di Johor rosak. Kereta beliau tak boleh nak start. Melalui pengalaman-pengalaman yang ada sebelum ini aku nasihatkan tinggalkan aje kereta di situ, kebetulan beliau parking di hadapan bengkel kereta. Esok boleh datang betulkan dan aku pon terus berlalu nak pegi makan.

Maka perut dah lapar, hilang kesabaran nak tunggu dieorg. So, aku gerak dulu. tak berapa jauh Hazira call aku minta tolong tolakkan kereta dia kat tempat yang kurang risiko kene pecah. Betullah, tempat tadi tu jauh terperosok ke dalam. So, aku pon berpatah balik konon-konon nak tolong Hazira dan kawan2 ni tolak kereta Hazira.

Tersenyum aku sendirian apabila aku lihat, pemimpin kiteorg Puan Mona yang dah jadi Jutawan bersama suaminya serta Farid sedang menolak kereta Hazira. Memang masa tu dah takde orang lain kat situ. Cuma tinggal kami jek. Tak pernah terfikir aku seorang wanita muda, yang dah jadik Jutawan pegi dok tolak kereta orang yang sebelum ini dia pon tak kenal. Cuma kenal disebabkan perniagaan inilah. Korang agak2lah, orang yang dah kaya2 ni nak ke tolak kereta buruk??

Kenangan malam tadi memang cukup menggelikan hati aku. Walaupun aku tak dapat apa-apa hadiah sempena hari lahir aku, namun hadiah pengalaman dan pengajaran ini amat besar maknanya bagi diri aku.

Moral daripada cerita di atas ada kaitan dengan petikan akhbar metro dan mungkin ia secara kebetulan, Tuhan nak tunjukkan bukti yang masih hidup pada aku.

Kesimpulannya, saya mengajak kawan-kawan sekalian, cubalah kita berusaha untuk mengubah persepsi kita yang selama ini mudah memandang serong atau senget atau mereng terhadap sesuatu perkara tanpa kita menilai atau memeriksa sejauh mana kesahihannya. Ada masa nanti saya ceritakan pulak kisah “Lukman Nur Hakim” ya!

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016