Di situ ada jalan

Tags: No Tags
Comments: No Comments
Published on: 16/04/2012

Apabila kemahuan itu ada!

Selamat bertemu kembali kita di blog ini yang memfokuskan tentang dunia perniagaan, duit dan kehidupan. Terima kasih sekali lagi kerna sudi untuk berkunjung ke sini.

 

Hari ini kawan nak kongsikan 1 keping gambar. Jom kita lihat di bawah ni.

Kerja-kerja mengecat ruang bilik produksi ‘Handmade Chocolate’

Ok tak warna ni? Sebenarnya ini adalah merupakan gambar ruang bilik yang disediakan khas untuk ‘Handmade Chocolate’ Singgah Shops Online. Kerja-kerja mengecat ini telah dilakukan beberapa bulan yang lepas.

 

Percaya atau tidak jika kawan katakan kerja-kerja mengecat ini merupakan hasil tangan seorang wanita??? Ya, beliau seorang wanita. Nama beliau Ezlin Itin (27 tahun). Kawan kenal beliau pon cuma di Facebook melalui group Komuniti FB Segamat. Kawan kagum dengan kesungguhan beliau, walaupun beliau wanita, beliau mampu melakukan kerja-kerja mengecat sebagaimana yang sering kita lihat selalunya kerja-kerja ini dilakukan oleh lelaki.

 

Sejarahnya bermula ketika umur beliau 17 tahun. Pada waktu itu Abang Long beliau yang bekerja sebagai tukang cat telah mempelawa bekerja bersama-sama dengannya untuk mencari pendapatan sampingan. Menurut Ezlin Itin, pada mulanya kawan-kawan Abang Long kekok juga dengan kehadiran beliau. Maklumlah, perempuan buat kerja-kerja mengecat. Lama kelamaan menjadi kebiasaan.

 

Hampir 2 tahun beliau berhenti daripada kerja-kerja mengecat kerana mengikut kedua ibu bapanya berpindah ke Selangor. Akhirnya beliau kembali melakukan kerja-kerja mengecat dan beliau cuba untuk mengambil projek mengecat sendiri.

 

Pada mulanya beliau cuma menganggap kerja-kerja mengecat ini merupakan hobi dan tidak menyangka ia menjadi kerjaya dalam kehidupan beliau sehingga kini yang telah mencapai usia 27 tahun. Diam tak diam dah 10 tahun berpengalaman dalam kerja-kerja mengecat.

 

Kawan berbangga dengan kesungguhan beliau. Jarang-jarang kita dapat lihat wanita yang melakukan kerja-kerja sebegini. Secara tak langsung ia dapat memberi suntikan semangat kepada kawan untuk menjalankan perniagaan. Di situ ada jalannya apabila kemahuan itu ada!

 

Jika kalian yang membaca ni teringin nak cat bilik, rumah, ruang tamu atau mana-mana tempat yang berkaitan tapi tidak punyai masa untuk melakukannya sendirian, apakata korang bagi jek kerja tu kepada Ezlin Itin. Sediakan sahaja upahnya ya!



No Comments - Leave a comment

Leave a Reply


Welcome , today is Saturday, 03/12/2016