Di mana kunci kekayaan?

Categories: Tips
Comments: 1 Comment
Published on: 27/03/2014

Ramai orang tercari-cari dimanakah letaknya kunci kekayaan. Terkapai-kapai mencari jalan bagaimana untuk menjadi kaya. Setiap hari memikirkan idea dan cara untuk kaya. Ternyata masyarakat di sekeliling anda sering mencari di manakah letaknya kunci kekayaan.

Kunci kekayaan sebenarnya terletak pada keinginan anda. Apabila diajukan soalan Adakah anda ingin kaya? Ya! Anda pasti mahu kaya.

key

Tetapi, pernahkah anda terfikir kenapa sehingga saat ini masih tak kaya? Ini adalah kerana keinginan anda tidak cukup hebat. Keinginan untuk menjadi kaya itu cuma berdasarkan kemahuan dan kehendak sahaja. Tak dapat jadi kaya tak apa, asal cukup belanja.

Namun, apabila keinginan untuk kaya itu menjadi satu keperluan bagi diri anda dan keluarga, maka pada masa itulah keinginan anda mula mendorong menjadi pembakar semangat untuk anda.

Keinginan yang hebat memotivasikan anda berusaha sedaya upaya untuk memenuhi keinginan itu tanpa memikirkan apa juga cabaran, rintangan dan halangan yang akan ditempuhi.

Segala yang anda capai adalah bergantung sebesar mana keinginan anda. Semakin hebat keinginan anda semakin hebat juga pencapaian anda. Sekurang-kurangnya anda senaraikan 100 sebab kenapa anda perlu kaya. Jika tiada sebab untuk anda capai keinginan tersebut maka kunci kekayaan pasti hilang entah ke mana.



1 Comment - Leave a comment
  1. coklatct says:

    mencari info berkaitan coklat klik sini http://coklatct.com/blog/

Leave a Reply


Welcome , today is Saturday, 03/12/2016