Cahaya dari langit?

Categories: Segamat
Tags: No Tags
Comments: No Comments
Published on: 31/12/2013

 

Malam tadi telah berlangsung persembahan layang-layang bercahaya di Dataran Segamat sempena Fiesta Belon Gergasi 2013.  Lebih 20 orang peserta terlibat yang di datangkan khas dari Persatuan Layang-Layang  Negeri Johor.

layang01

Salah seorang daripadanya adik Nursyafika, 9 tahun berasal dari Pasir Gudang, Johor turut serta cuba menerbangkan layang-layang yang dibawanya.

layang04

Puas juga lah mereka nak naikkan layang-layang memandangkan angin tak berapa nak ada. Cuba punya cuba akhirnya berjaya juga.

layang02

Saya berkesempatan  berbual dengan salah seorang daripada peserta terlibat. Menurutnya, salah satu layang-layang yang dibawa itu bernilai hampir RM2000.  Koleksi layang-layang yang beliau miliki bernilai lebih daripada RM20k. Woww!!

layang03

Itupun sebab saya menyentuh layang-layang beliau. Jika budak-budak, memang dia takkan beri peluang untuk sentuh layang-layang beliau. Turut hadir malam tadi, Tn Hj Rahim bin Nin, Pegawai Daerah Segamat.

layang05



No Comments - Leave a comment

Leave a Reply


Welcome , today is Friday, 09/12/2016