Bismillahirrahmanirrahim | Didaktik Insan

Comments: Comments Off
Published on: 22/04/2010

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya mencari masa untuk aku mengadaptasikan ranjau duka aku sepanjang kehidupan di dalam bentuk penulisan. Aku tidak pandai menulis dengan kata-kata yang boleh membuatkan orang tertarik, apa yang dicatitkan adalah apa yang aku ingat dan yang telah aku lalui hari ini atau sebelum ini.

Hari ini, 22 April 2010 genap umur aku 30 tahun. Mempunyai seorang Isteri dan dua orang anak yang sulong lelaki 6 tahun dan yang paling kecil setakat ini perempuan baru berumur 2 tahun.

Syukur ke hadrat Ilahi memang niat aku nak mulakan nukilan aku pada tanggal hari ini, memandangkan sebelum ini aku pernah mencuba berulang kali untuk berkongsi, namun ia sekadar hangat-hangat tahi ayam. Harapan aku agar ia tidak berulang menjadik tahi ayam kembali.

Kali ini aku cuba semaikan semangat untuk mencatit sekurang-kurangnya diari kehidupan aku setiap hari dan sekiranya aku ingat perkara-perkara yang dah aku lalui akan ku sertakan sekali.

Mungkin mereka akan bertanya kenapa aku pilih Ditaktik Insan sebagai Tajuk blog ini?

Jika diteroka definisi ditaktik adalah berasal dari bahasa Yunani didaskein yang membawa maksud pengajaran dan didaktikos bererti pandai mengajar. Manakala insan pula jika dirujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud manusia, makhluk yg dicipta oleh Allah SWT yg tidak terlepas drpd kealpaan.

Semoga dengan pemilihan Didaktik Insan ini mampu memberi kesedaran untuk diri aku, keluarga, kawan dan umumnya kepada mereka yang membaca blog ini. Bukan niat aku untuk mengajar atau diajar tetapi untuk dijadikan sebagai pengajaran, tauladan, sempadan dan ingatan buat semua.

Mudah-mudahan Allah swt memberkati apa yang kita lakukan.

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016