Bayangan vs Berangan

Categories: Tips
Comments: No Comments
Published on: 26/03/2014

Bayangkan atau gambarkan diri kita 1 tahun akan datang. Gambarkan pula diri kita 5 tahun yang akan datang. Tak nampak apa-apa? Ternyata kita tidak mempunyai apa-apa keinginan mahupun matlamat yang jelas dalam kehidupan kita.

4 tahun yg lepas, saya berkeinginan untuk menunaikan ibadah umrah. Ketika itu, saya masih lagi menjalankan perniagaan Score A. Rata-rata upline saya dapat mengerjakan ibadah umrah. Saya cuma dapat mendengar perkongsian pengalaman daripada mereka sahaja.

Betapa seronoknya apabila mendengar cerita pengalaman mereka membuatkan saya terbayang-bayang keadaan di sana. Alangkah indahnya jika saya dapat berada di sana.

arafah

Awal tahun 2011 hasrat emak untuk menunaikan umrah akhirnya tercapai. Pulang dari tanah suci, emak pula berkongsi pengalaman beliau di sana. Jadi, visualisasi untuk mengerjakan umrah itu sentiasa terbayang dalam fikiran saya.

Tidak cukup dengan itu, pergi mana-mana atau jumpa sesiapa sahaja sedikit sebanyak akan bercerita berkaitan mengerjakan ibadah umrah. Termasuklah Haji Arshad, tuan punya Restoran Arshad.

Keinginan untuk mengerjakan ibadah umrah ini saya tidak pernah berkongsi dengan sesiapa pun sehingga pada pertengahan Febuari yg lalu saya dapat mengerjakan ibadah umrah.

Ternyata teknik visualisasi ini mampu membuatkan kita capai apa yg kita inginkan. Apabila senantiasa berada dalam fikiran dan selalu kita gambarkan pasti keinginan kita itu tercapai.



No Comments - Leave a comment

Leave a Reply


Welcome , today is Saturday, 03/12/2016