Bagaimana kekalkan semangat kita?

Categories: Segamat
Tags: No Tags
Comments: No Comments
Published on: 07/01/2014

Hendak dijadikan cerita, saya terpandang satu keratan akhbar bertajuk “Bawa Anak Curi Besi Buruk” yang dikatakan telah berlaku di Segamat tempohari. Terpandang gambar kereta, saya lihat macam kenal.

Oh ya, itulah kereta yang saya selalu lihat sentiasa berada di sekitar Bandar Putra, Segamat. Pernah bersua muka, bila berselisih siap angkat kepala dan senyum.

Bawa Anak Curi Besi

Jika dilihat daripada sudut negatif, mereka memang melakukan kesalahan mencuri. Tapi, saya selalu pandang daripada sudut yang berbeza yang menimbulkan persoalan di kepala saya.

Kenapa mereka mencuri? Apakah daya tolakan yang memberi semangat  kepada mereka sehingga sanggup melakukan perbuatan ini? Dan banyak persoalan lagi.

Dalam perniagaan, kita kenal pasti apakah daya tolakan untuk kita berjaya. Sudah tentu kita tidak akan menoleh ke belakang lagi. Itulah sebenarnya kekuatan yang memberi semangat kepada kita sehingga kita sanggup tempuh apa jua cabaran dan juga halangan yang mendatang. :)

p/s : jangan gi mencuri plak ya!!!



No Comments - Leave a comment

Leave a Reply


Welcome , today is Saturday, 03/12/2016