Azam Tahun Baru?

Categories: Didaktik Insan
Tags: No Tags
Comments: Comments Off
Published on: 20/01/2013

Belum terlambat lagi rasanya utk kami mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua pengunjung  Singgah Shops Online. Sekejap sahaja masa berlalu meninggalkan kita. Namun kita masih lagi ditahap mana agaknya ya?

Cuba kita imbas kembali saat kemunculan awal tahun 2012 apakah agaknya yang kita mahu lakukan pd masa tu? Setiap kali masuk awal tahun pastu ada yang berazam baru. Tak terkecuali ada juga yang tidak apabila ada bunyi-bunyi yang menempelak hanya berazam namun tak menjadi nak buat apa? Pedulikan apa orang kata, yang penting azam perlu disemat kuat dalam diri kita.

 

Apa tu azam sebenarnya? Sebelum kita dok sebok-sebok nak berazam tu terlebih dahulu kita perlu tahu apa definisi azam dan kita benar-benar faham apa itu azam, barulah kita boleh untuk berazam. Menurut kamus Dewan Bahasa & Pustaka, definisi azam itu membawa erti tujuan yang hendak dicapai; apa-apa yang dimaksudkan.

 duit50sen

Apakah tujuan yang hendak dicapai bagi tahun 2013? Jika kita tiada apa-apa tujuan maka memang tak tercapailah tujuan tu. Jika kita ada tujuan pastikan tujuan yang realistik dan relevan. Kemudian, soalan selanjutnya yang perlu kita tanya pada diri kita adalah bagaimana pula cara nak memastikan tujuan itu mampu dicapai pd tahun 2013? Dalam masa setahun kita nak capai azam kita, mampu ke? Jika tak pernah konsisten kompen tak mampu (macam saya). Hahaha.

Nak berazam ni pon kita kena berlatih dengan azam yang kecil-kecil terlebih dahulu.< !> Kemudian tindakan yang kita lakukan itu kena konsisten agar mampu dicapai.

Saya bagi cadangan apa kata tahun ni kita berazam secara kecil-kecilan dalam masa yang singkat? Contohnya menabung dalam masa sebulan. Berdasarkan kesanggupan dan kemampuan koranglah. Jika sehari 50 sen pon boleh sehari seposen pon takde masalah.

Contohnya, cuba korang berazam untuk menabung sehari 50 sen sepanjang bulan Febuari 2013.  Jadi, mulai 1 Febuari 2013 sehingga 28 Febuari 2013 korang masukkan 50 sen dalam tabung setiap hari. Jika korang berjaya bermakna korang dah capai azam kecil korang dan boleh teruskan untuk fikir azam yang besar sedikit. Sekiranya tak berjaya, korang kena tanya diri sendiri kenapa tidak berjaya? Bagaimana nak capai azam yang besar jika yg kecil pon masih tak mampu dicapai?

Selamat bertatih. :)

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016