Apa yang perlu kita ambil tahu

Categories: Tips
Tags: No Tags
Comments: 1 Comment
Published on: 12/04/2012

Dan apa yang tak perlu kita tahu!?

2-3 hari sebelum ni, kawan asyik meronda-ronda mencari blog terbaik di saat ini, sekali klik macam-macam blog yang tersenarai. Namun apa yang dicari masih tak jumpa.

Niat dihati cuma nak mencari blog yang boleh memberi motivasi atau kebaikan kepada diri sendiri, akhirnya dengan izin Allah s.w.t. kawan tertarik dengan satu blog Usahawan Perniagaan Memborong yang dimiliki oleh Shahabudeen Jalil. Rupa-rupanya blog ini telah memenangi anugerah World Bloggers and Social Media Awards bagi kategori Best Business Blog.

 

Bukannya nak cerita berkaitan anugerah yang diterima, kerana ia merupakan penghargaan atau kejayaan yang dicapai oleh beliau. Namun, apa yang kawan nak kongsikan adalah bentuk pengisian yang ada dalam blog tersebut. Sememangnya layaklah Shahabudeen Jalil memenangi anugerah itu.

www.shahabudeenjalil.com

Kembali kepada topik yang hendak diutarakan hari ini adalah berkaitan dengan “Apa yang perlu kita ambil tahu dan apa yang tak perlu kita tahu!”. Besar pengaruhnya terhadap diri kita, lebih-lebih lagi dengan apa tujuan dan matlamat hidup kita sebenarnya.

Seharusnya kita berhati-hati dengan apa yang kita lakukan mulai saat ini kerana apa yang ada dalam otak kita ini akan menentukan tindakan dan pemikiran kita sehari-hari dan akan menentukan apa realiti kehidupan kita. Jom kita rehat sebentar baca nasihat yang disampaikan oleh Shahabudeen Jalil dalam topik Jangan Sumbat Kepala Anda Dengan Sampah!!!

Semoga ia dapat dijadikan panduan untuk diri kita yang baru menjinakkan diri dalam bidang keusahawanan agar dapat mengambil tahu apa yang perlu kita tahu dan meninggalkan perkara yang tak perlu kita ambil tahu. Selamat membaca dan bersama menuju kejayaan!!!

zp8497586rq


1 Comment
  1. En Zam says:

    As salam tuan,

    Tq info yang cun melecun..

Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016