Apa kata mereka?

Categories: Online Business, Testimoni
Tags: No Tags
Comments: Comments Off
Published on: 19/03/2012

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan.

Antara elemen paling penting dalam perniagaan adalah pelanggan.  Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, Pelanggan membawa maksud pembeli yang tetap. Jadi, mereka yang pernah membeli produk dan barangan jualan kita merupakan pelanggan kita. Justeru itu, apa sahaja komen, pendapat, pandangan dan kritikan daripada pelanggan perlu kita ambil sebagai panduan untuk penambahbaikan perkhidmatan mahupun produk.

Pelanggan yang setia dan menghargai perkhidmatan yang diberi adalah petunjuk dalam kejayaan dan kemajuan sebuah perniagaan. Lebih ramai pelanggan yang melanggan produk mahupun perkhidmatan maka lebih berjaya dan majulah perniagaan itu. Itulah usaha yang perlu dilakukan kita sebagai peniaga agar terus berusaha sehingga pelanggan sendiri yang mempromosikan produk kita.

Betapa pentingnya testimoni daripada pelanggan untuk memastikan perniagaan kita sentiasa berterusan dan terus berkembang maju. Kebiasaannya peniaga baru seperti saya seringkali terlupa ataupun terlepas pandang dengan penghargaan yang diberikan oleh pelanggan kerana leka dengan usaha untuk menambah pelanggan baru. Sedangkan impak yg paling berkesan penambahan pelanggan itu melalui cadangan serta promosi daripada pelanggan sedia ada.

Sebagai peniaga kita kena peka dan perlu rekodkan setiap penghargaan yang diberikan oleh pelanggan sebagai testimoni kita dan secara tidak langsung ia dapat menambah keyakinan bakal pelanggan kita.  Apa kata mereka menggambarkan buruk baik perniagaan kita.  Sama-sama kita teruskan usaha untuk menempuh alam perniagaan. Jumpa kalian di puncak kejayaan!!

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016