Ahad itu satu!

Categories: Didaktik Insan
Tags: No Tags
Comments: No Comments
Published on: 05/01/2014

Atas urusan kerja, hari ini saya buat satu panggilan ke salah satu jabatan di Kuala  Lumpur. Puas call, tapi tak berangkat. Dok dail sekali lagi, pon tak berangkat. Ni yang nak datang kemarahan dah ni. Saya cuba call lagi dan lagi, pon sama juga tak angkat. Dah kenapa? Tanya saya dalam hati.

Rupa-rupanya saya boleh terlupa yang hari ini hari Ahad, mereka bercuti. Di Johor dah mula bekerja pada hari Ahad. Cuti hujung minggu dah bertukar kepada hari Jumaat dan Sabtu. Taklah rasa janggal mana pun, cuma terasa macam hari ini hari Isnin.

Kononnya tadi keluar sekejap nak beli barang kedai, sampai jek di hadapan kedai tu tutup plak! Boleh terlupa lagi hari ini hari Ahad kedai borong semua tutup. Saya terkena lagi.

Semasa makan tengahari, ada seorang pakcik yang tekun membaca surar khabar tanya pada tuan empunya warung, kenapa letak surat khabar mingguan? Mana surat khabar hari ini? Berkerut tuan punya warung tu memikirkan jawapan.

Rata-rata merasakan hari ini hari Isnin, sedangkan hari ini hari Ahad. Almaklumlah, baru-baru lagi kan. Belum menjadi kebiasaan. Insyaallah, selepas 14 hari nanti dah biasa lah tu.



No Comments - Leave a comment

Leave a Reply


Welcome , today is Saturday, 03/12/2016