8 Faedah Berbekam

Categories: Tips
Tags: No Tags
Comments: No Comments
Published on: 10/01/2014

Seumur hidup saya, ini kali pertama saya berbekam. Niat di hati dah lama terpendam nak berbekam. Sumber-sumber daripada sekeliling rata-rata bila kita dengar pengalaman berbekam itu menakutkan.

Salah satu faktor buat diri saya tak jadi nak berbekam apabila memikirkan kosnya untuk setiap satu cup bernilai RM15-RM20. Sekurang-kurangnya nak berbekam paling tidak dengan 19-20 cup. Kos untuk sekali bekam antara RM300 – RM 400 sekali rawatan. Setakat 1-2 cup berbekam tak memberi apa-apa kesan.

beka

Faktor kedua, mentaliti kita ni bila tahu kaedahnya menggunakan jarum atau pisau mulalah perasaan kurang berani itu timbul. Bukan orang lain, saya sendiri pon was-was juga.

Tiada pengalaman, dan kebanyakan nasihat yang saya dengar dikalangan mereka yang tak pernah buat rawatan tetapi dengar cerita pengalaman orang lain. Rata-rata begitu lah kan.

Di sini saya kongsikan 8 faedah berbekam antaranya :-

  1. Dapat membantu menghilangkan rasa pening dan migrain.
  2. Membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  3. Memecahkan lemak, peluh dan melegakan sakit demam.
  4. Memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
  5. Mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
  6. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah.
  7. Meringankan tubuh
  8. Menajamkan penglihatan.

Justeru jika kita ada ciri-ciri penyakit di atas ada baiknya cepat-cepat kita buat rawatan bekam. Selain ia dapat menyembuhkan penyakit, dapat juga pahala.

Nabi Muhammad S.A.W.  bersabda maksudnya,

“Kesembuhan itu ada pada tiga perkara: Meminum madu, tusukan alat bekam, dan kay (perubatan dengan besi panas). Namun aku melarang umat-ku dari berubat dengan kay.” (Shahih al-Bukhari, no. 5680)

Untuk perkhidmatan bekam, anda boleh hubungi sahabat saya yang memberi perkhidmatan bekam sebagaimana maklumat di bawah:-

bekam02



No Comments - Leave a comment

Leave a Reply


Welcome , today is Saturday, 03/12/2016