Birthday Gift Contest!

Categories: Challenge
Tags: No Tags
Comments: Comments Off
Published on: 02/04/2012

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah swt sekalian.

Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada semua pelanggan yang banyak berikan sokongan kepada kami selama ini. Tanpa kalian, pasti Singgah Shops Online tak sehebat hari ini.

Alhamdulillah, bulan lepas kami beri tawaran iklan percuma kepada peniaga untuk promosikan perniagaan mereka di ruangan iklan. Kali ini, kami bagi peluang kepada semua pelanggan kami sama ada pelanggan setia mahupun yang baru untuk dapat coklat secara percuma khususnya kepada mereka yang lahir pada bulan April.

Kenapa kami pilih bulan April?
Kerana tercetusnya idea untuk menjalankan perniagaan online ini adalah pada bulan April 2011. Jadi, April 2012 merupakan ulangtahun pertama untuk Singgah Shops Online. Kami masih baru dalam dunia perniagaan, lebih-lebih lagi dalam perniagaan online. Semakin lama semakin banyak persaingan. Dari situ, lagi banyak kita dapat belajar bagaimana untuk mempertingkatkan lagi hasil jualan kita.

Sebagai tanda penghargaan, kami akan hadiahkan  “Handmade Chocolate” dan T-Shirt X-klusif Singgah Shops Online kepada mereka yang lahir pada bulan April. Oleh kerana hadiahnya pun terhad, mereka yang lahir pada bulan April perlu menyertai “Birthday Gift Contest” yang akan berlangsung sepanjang bulan April 2012.

Satu Minggu Satu Hadiah disediakan. Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti mencipta slogan “Saya suka Handmade Chocolate Singgah Shops Online kerana (tidak lebih daripada 10 patah perkataan) dan hantar di status Facebook masing-masing.

Perlu diingat, Facebook Page Singgah Shops Online perlu ditag pada ayat tersebut.  Jangan lupa baca dahulu terma dan syarat peraduan ya. Apa tunggu lagi, ada peluang nak dapat coklat percuma ni!! JOM!!!

BIRTHDAY GIFT CONTEST | April 2012

1 Minggu 1 Hadiah untuk dimenangi!
1 Choco Box (CB18) dan sehelai T-Shirt Singgah Shops Online

Bagaimana untuk sertai?

  1. Like Facebook Page rasmi Singgah Shops Online
  2. Update status anda, tag Facebook Page Singgah Shops Online dan lengkapkan ayat berikut “Saya suka Handmade Chocolate Singgah Shops Online kerana ……..(tidak lebih daripada 10 patah perkataan)
  3. Setiap orang boleh menyertai lebih daripada 1 penyertaan dan hanya 1 pemenang akan dipilih setiap minggu dan pemenang hanya layak untuk memenangi 1 hadiah sahaja dalam bulan April 2012.

    Minggu 1 : 1-5 April 2012
    Pemenang akan diumumkan pada 7 April 2012

    Minggu 2 : 8-12 Apri 2012
    Pemenang akan diumumkan pada 14 April 2012

    Minggu 3 : 15-19 April 2012
    Pemenang akan diumumkan pada 21 April 2012

    Minggu 4 : 22-26 April 2012
    Pemenang akan diumumkan pada 28 April 2012

  4. Ayat yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang dan keputusan adalah muktamad.

Syarat-syarat penyertaan

  1. Warganegara Malaysia berumur 15 tahun ke atas yang lahir pada bulan April
  2. Like Singgah Shops Online di Facebook Page Singgah Shops Online
  3. Mendaftar sebagai pelanggan di www.singgahshops.com
zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016