Didaktik 12

Comments: Comments Off
Published on: 11/05/2010

10 Mei 2010

Semalam sebenarnya menulis dalam keadaan tergesa-gesa, tapi diam tak diam sampai terlebih perkataan. Banyak lagi yang aku nak cerita, tapi apakan daya. Takut aku menulis terabur. Yang sepatutnya di awalkan aku letak di belakang. Yang sepatunya diakhirkan aku letak di hadapan. Tapi tak mengapa, yang penting aku dan korang boleh faham sudah. Jadi, untuk penambahbaikan dari segi penulisan ini, aku mohon kerjasama korang yang membaca untuk mengkritik segala bentuk penulisan yang aku coretkan. Sekurang-kurangnya aku tau apa kehendak naluri setiap orang.

Mata mengantuk, penat balik daripada KL pon tak hilang lagi. Hari ini (Isnin) kene pula pergi ke JB. Tapi banyak lagi kerja-kerja di pejabat yang perlu aku selesaikan dahulu sebelum bergerak. Sebab esok ada lagi program untuk meraikan guru-guru yang banyak berjasa memberi khidmat kepada masyarakat.

Orang umah nak ikut ke JB. Elok juga, aku pon tak daya nak memandu. Dalam perjalanan, aku sempat melelapkan mata. Tido ayam orang kata. Yelah, risau orang rumah bawa kereta. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Pastu dia tu bawak kan men laju lagi. Selalu kene tegur ngan aku.

Alhamdulillah, lega hati dapat lelapkan mata sekejap. Dapat singgah sekejap di R&R Machap bayar hutang. Pastu meneruskan perjalanan ke Nusajaya JB. Takut-takut terlewat sampai. Maklumlah, orang kerja dengan jabatan kerajaan ni, jika tak berjanji susah nak jumpa. Kadang-kadang telefon, dia tiada. Ada sekali datang jauh-jauh, orangnya takde. Kadang-kadang aku pelik, takkan seorang aje yang buat kerja tu.

Dulu, waktu lepasan sekolah aku sering diasak agar bekerja dengan kerajaan. Setiap bulan ada gaji. Kurang bebanan kerja. Nak wat pinjaman pon senang. Segala-galanya senang lah orang kata. Tak yah nak fikir banyak. Tapi kini, melalui pergaulan, pengalaman yang aku lalui selama ini menyebabkan aku dah merasa jauh hati untuk berkhidmat dengan jabatan kerajaan. Bukan kerana jabatan kerajaan tu tak bagus. Tetapi perkhidmatan yang diberikan itu kurang memuaskan ramai pihak. Ramai yang merungut berkaitan kakitangan kerajaan yang susah nak jumpa. Bila datang nak jumpa dia gi ngeteh. Macam-macam lagi lah. Lebih banyak buruk daripada baik. Tapi bukannye punca dairipada kerajaan. Yang aku dapat lihat, adalah mereka kakitangan kerajaan. Mereka tu penyokong kerajaan ke???

Tetapi, apabila semua itu berlaku masyarakat menyalahkan kerajaan. Segala-galanya hal kerajaan ni lewat. Tetapi masyarakat tau ke, dari segi perlaksanaan kerja itu adalah mereka dikalangan kakitangan jabatan kerajaan. Sekali lagi aku bertanya, mereka itu penyokong kerajaan ker?

Masyarakat semuanya tahu ke bahawa kerajaan hanya penggubal dasar? Perlaksanaannya siapa ya? Dulu memang aku pon terdiri dikalangan mereka yang berpemahaman sebegitu. Tetapi bila aku dah melaluinya barulah aku tahu, yang mana permata dan yang mana kaca. Alamak termasuk bab politik pulak. Tulah, suka tak suka kene ambil tahu juga. Sebab apa? Terlalu banyak sebabnya.

Tapi kebanyakan anak muda sekarang tak berminat berpolitik. Salah satu sebabnya adalah kerana orang politik ini kebanyakannya bermuka-muka. Lain yang dikata, lain yang dibuatnya. Suka berjanji tapi tak menepati. Macam-macam lagi lah. Politik itu kotor. Tapi ye ker kotor? Bagi aku tidak, politik itu tidak kotor, tetapi yang mengotorkan politik itu adalah orang politik itu sendiri yang menyebabkan ramai generasi muda tidak cenderung ke arah politik. Tetapi, apabila timbul perasaan tidak puas hati, tanpa usul periksa, tanpa pendedahan yang cukup dalam ilmu politik akan mudah termakan hasutan orang. Hurm, entahlah.

Selesai sahaja tugasan di Nusajaya aku meneruskan perjalanan ke Menara Ansar di tengah Bandaraya Johor Bahru. Farid, Rakan niaga aku berpesan. Jangan lama-lama di sana. Sekejap lagi orang balik pejabat. Jalan sesak nanti. Alhamdulillah, segalanya selesai dengan mudah. Tak sampai berapa minit selesai sudah tugasan aku.

Jam ditangan baru 4.45pm. Aku memecut laju mengeluarkan kenderaan daripada kawasan bandar menuju ke Taman Tampoi Indah, Johor Bahru. Nak berjumpa dengan farid. Kene jumpa selalu. Nasihat dan kritikan daripada beliau yang banyak membantu aku.

9.30pm ada janji untuk bertemu dengan Rakan Niaga di Segamat. Sebelum maghrib aku bertolak pulang, aku pesan ngan orang umah minta dia memandu sampai Pekan Yong Peng. Aku nak sambung rehatkan mata aku.

Alhamdulillah, sampai di Segamat aku menghantar orang rumah aku pulang. Aku terus keluar semula untuk bertemu dengan rakan niaga.

Pengalaman malam tadi paling indah, dapat bertemu orang yang banyak pengalaman dalam industri network marketing, banyak pengajaran yang aku dapat. Memandangkan beliau banyak kali gagal dalam perniagaan network marketing ini. Semoga kata-kata beliau dapat dijadikan pemangkin untuk aku terus berjaya.

Malam tadi juga, dapat bertemu rakan niaga daripada Batu Pahat yang menjalankan perniagaan yang sama. Banyak juga perkara yang kami dapat bincangkan. Apa yang beliau lalui, itulah yang aku telah lalui. Alhamdulillah, aku dapat juga berkongsi dengan mereka walaupun aku baru sebulan dua terlibat dalam perniagaan Network Marketing.

Balik rumah terus tido! Pling!!

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016